Desas-desus mengenai hubungan antara Nissa Sabyan dan Ayus atau nama sebenarnya, Ahmad Fairuz akhirnya terjawab apabila pasangan itu disahkan sah bergelar suami isteri sejak Julai 2024.
Perkahwinan mereka disahkan oleh Ketua Pejabat Urusan Agama Kecamatan Pondok Gede, Drs. H. Ahmad Sumroni. Menurut beliau, majlis pernikahan berlangsung sederhana, dengan Nissa menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin bersama wang bernilai RM56.
Sebelum ini, Nissa, 25, pernah digelar penyondol apabila dirinya dikaitkan sebagai pihak ketiga dalam rumah tangga Ayus bersama bekas isterinya, Ririe. Hubungan mereka dikatakan bermula pada 2021, namun kedua-duanya memilih untuk tidak memberi komen terhadap kontroversi tersebut.
Bagaimanapun, adik lelaki Ayus pernah mengesahkan bahawa hubungan abangnya dengan Nissa memang wujud.
Sumber: Suara.com