Disahkan mengalami masalah kehamilan luar rahim, Shima Anuar reda apabila terpaksa menggugurkan kandungannya.
Shima atau Noor Hashimah Anuar, 32, menerusi hantarannya di Instagram akur rezekinya untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian.
Disebabkan permasalah dihadapinya, semalam Shima telah pun menjalani pembedahan bagi menyempurnakan proses tersebut.
“Ia (pembedahan) sangat menyakitkan. Masih di ICU. Saya kehilangan darah semasa pembedahan semalam dan saya hilang bayi dalam kandungan disebabkan kehamilan di luar rahim.
“Terima kasih terlalu ramai yang mendoakan saya. Saya akan baik-baik sahaja. Insya-Allah. Saya orang yang kuat kan?,” konsginya di bahagian kapsyen.
Menerusi satu entri yang sama, Shima turut berkongsi sekeping fotonya berada di unit rawatan rapi (ICU) untuk pemantauan selepas menjalani pembedahan.
Terdahulu sekitar tiga minggu lalu Shima yang kini sedang hangat membintangi drama Suamiku Lelaki Pendosa begitu teruja berkongsi berita gembira kehamilan ketiganya.
Pelakon itu juga terpaksa membatalkan tawaran lakonan yang diterimanya selepas dinasihatkan doktor supaya banyakkan berehat demi kesihatan diri dan anak dikandung.
Keputusan tersebut juga diambil Shima kerana bimbang dengan penularan virus Covid-19 yang semakin tinggi.
Shima mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd. Solih Toha, 54. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mariam Sophia, 3, dan Mikhael Imaan, 2. – BOOM!