Sejak semalam, ramai meluahkan kemarahan terhadap seorang pemuda yang memberikan komen disifatkan biadab terhadap laporan atas pemergian Adibah Noor.
Menerusi komen ditinggalkan, pemuda tersebut mempersoalkan tentang aurat arwah yang tidak ditutup sehingga menghembuskan nafas terakhir.
“Sampai ke akhir hayat tak tutup aurat. Dah tahu wajib tutup aurat tapi tak buat. Sebab kepala batu keras hati.
“Menjawab la dalam kubur. Nauzubillahi min zalik. Moga keturunan aku tiada seperti ini. Selamat menjawab soalan di alam barzakh. Good luck,” tulis pemuda itu.
Hasil pencarian mendapati, akaun Facebook milik pemuda berkenaan tidak ditemui dan dipercayai telah dinyahaktifkan selepas bertubi-tubi dikecam warganet.
Bagaimanapun, ibarat nasi sudah menjadi bubur. Tangkap layar komen tersebut menjadi tular di semua platform media sosial selain beberapa posting lama termasuk gambarnya juga sempat ‘dikorek’ netizen.
Salah satu gambar yang tersebar adalah kelihatan pemuda itu tidak memakai baju dan hanya menutupi badan dengan sehelai tuala yang terdedah pada bahagian pusat (aurat lelaki).
Difahamkan, banyak juga koleksi gambar sempat ‘disimpan’ netizen yang rata-rata menyifatkan tidak mencerminkan keperibadiannya selepas menghina kematian Allahyarham. – BOOM!