Akhirnya telah terungkai semua kisah di sebalik pergaduhan melibatkan Mona Allen dan juga Iqram Dinzly serta beberapa pelakon lain termasuklah Mia Nasir serta Qistina Khaled.
Semalam terjawab semuanya setelah kesemua pelakon tersebut bertemu di satu majlis sempena tamatnya penggambaran drama bersiri Hati Yang Dikhianati.
Melalui satu sesi IG Live oleh Mona, hal itu dijawab oleh Iqram dan semua yang terlibat.
Jelasnya, semua episod pertelingkahan antara mereka hanyalah rancangan dan lakonan semata-mata.
“Setiap yang terjadi kepada Mona, Mia dan Qistina, sayalah perancangnya (mastermind). Saya yang susun apa yang perlu diperkatakan.
“Kami dalam drama ni, macam sebuah keluarga, keakraban tu memang tak dapat nak dinafikan.”
“Ini hanya permainan dari belakang tabir. Ia tak dirancang, hanya go with the flow. Kami ada connection yang bagus, bukan tipu atau prank, hanya beri jalan cerita.
“Kami dalam drama ni, semuanya positif. Kami buat sebagai hadiah untuk drama ini,” jelasnya satu-persatu.
Tambah Iqram, ‘drama’ yang ditonjolkan di media sosial adalah satu bentuk latihan kepadanya selaku pelakon dan bersyukur gandingannya di sisi Mona dilihat menjadi. – BOOM!