Jennie BLACKPINK sekali lagi mencuri perhatian apabila memuat naik beberapa foto di media sosial, memperkenalkan kolaborasi terbaharunya bersama jenama pencuci mulut terkenal, NUDAKE. Menerusi kapsyen yang disertakan, Jennie menyatakan bahawa kolaborasi istimewa ini dilakukan sempena meraikan album baharunya yang bakal dilancarkan.
Jennie mencuri perhatian dengan potongan rambut bangs yang menyerlahkan imejnya yang segar dan muda.
Dalam ruangan komen, peminat meluahkan rasa kagum terhadap Jennie. Ada yang menyamakan penampilannya dengan pelakon Han Ye Seul, manakala yang lain memuji wajahnya yang awet muda dan comel. Tidak kurang juga yang menggelarnya “dumpling” kerana pesonanya yang memikat hati.
Kolaborasi ini mencipta keterujaan dalam kalangan peminat yang tidak sabar untuk mencuba pencuci mulut hasil inspirasi Jennie. – BOOM!