Peguam syarie kepada pelakon Diana Danielle, Datuk Akberdin Abdul Kadir, mengesahkan bahawa aktres tersebut akan memfailkan perceraian dalam masa terdekat. Diana, 32, dikatakan memilih jalan perpisahan, dan permohonan cerai itu akan difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
“Iya, anak guam saya sudah arahkan untuk ‘proceed’ (failkan rujuk dan perceraian),” kata Akberdin. Beliau menambah bahawa proses rujuk dan cerai kini dalam persiapan dan akan difailkan pada bila-bila masa. “Dia memang sudah tekad,” tambah Akberdin, menjelaskan bahawa Diana telah memberi arahan untuk bertindak tanpa ragu.
Bagaimanapun, Akberdin enggan mengulas lanjut tentang punca perpisahan mereka, namun memaklumkan bahawa lebih banyak butiran akan dikongsikan pada waktu yang sesuai.
“Masa fail, kami akan beritahu. Sekarang agak sukar nak dijelaskan, tetapi arahan nak failkan memang sudah ‘confirm’,” katanya.
Pengumuman ini hadir sehari selepas Diana mengejutkan ramai dengan posting di Instagram, memaklumkan hasratnya untuk bercerai sekali lagi dengan suaminya, pelakon Farid Kamil. Pasangan ini sebelum ini telah bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023 melalui sesi Google Meet, namun kembali rujuk dalam tempoh iddah.
BACA: Diana Danielle Bakal Bercerai Lagi Dengan Farid Kamil?
Diana dan Farid berkahwin selama 11 tahun dan dikurniakan dua anak, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Sumber: Berita Harian