Hantu Tonggek
Genre : Comedy, Horror
Language : English
Year : 2022
Your rate :
Comedy, Horror
English
2022
Mengisahkan tentang ‘con-artist’ yang diketuai oleh Tariq menipu orang ramai dengan kebolehan menangkap hantu dengan menggunakan teknologi rekaan sendiri. Tindak-tanduk mereka telah dapat dihidu oleh seorang pemaju hartanah yang bernama Tuan Sidek juga merupakan mangsa penipuan mereka. Tuan Sidek mengugut untuk menyerahkan mereka kepada pihak polis sekiranya mereka enggan menuruti perintahnya.
Tuan Sidek ingin membeli sebuah bangunan lama kolej seni tari yang pada firasatnya tanah tersebut mempunyai masa hadapan yang cerah untuk dibangunkan. Pada masa yang sama, pesaingnya, Rahim turut berminat untuk membeli bangunan yang sama. Mereka diarahkan untuk menakut-nakutkan Rahim dan konco-konconya supaya dia membatalkan niat untuk membeli bangunan tersebut. Misi menghalau Rahim berjaya tetapi Tariq dan rakan-rakannya terperangkap dengan Hantu Tenggek yang betul-betul berada di dalam bangunan tersebut.
Highlights
Release Date | 22nd Dec 2022 |
Subtitle | English |
Distributor | Veedu Production |
Director | Dato’ Prof. Ts. Dr. A. Razak Mohaideen |
Main Cast | Sharif (Zero), Saiful (Zero), Danial Zaini, Siti Khatijah Abdul Halim |
Supporting Cast | Sugeeta Chandran, Saiful Apek, Yassin Senario, Man Raja Lawak, Aidilia Hilda, Erin CTJ |