Selebriti versatil, Izzue Islam tidak dapat menahan sebak apabila berbicara tentang perasaan mendalamnya terhadap isteri tercinta, Awin atau Nurnafilah Waharudin.
Dalam sesi podcast ‘Bocey Comeback’ bersama Fad dan Achey Bocey, Izzue yang juga bekas ahli kumpulan Forteen berkongsi bahawa cinta dan sayangnya terhadap Awin sukar digambarkan dengan kata-kata.
Menurut Izzue, jika diberi pilihan, dia ingin sentiasa berada di sisi Awin setiap saat.
“Setiap masa, setiap saat memang aku nak dia dengan aku. Kalau tanya berapa banyak sayang aku kat dia, aku tak boleh nak cakap, aku pun tak tahu (banyak mana). Tuhan sahaja yang tahu berapa banyak sayang aku kat dia,” luahnya dengan penuh emosi.
@syanxrie oh to be loved by a MAN @Izzue Islam @awin.nurin #foryou #fyp #fypシ ♬ No Surprises – Radiohead
Tambah Izzue, dia tidak dapat membayangkan kehidupan sekiranya dirinya dijemput Ilahi lebih awal.
“Dan seandainya aku pergi dulu, tak tahu lah sebab benda ni Allah yang susun kan. Aku nak ada orang boleh layan dia macam mana aku layan dia. Aku tak tahu sebab Awin ni dia sangat istimewa, manja, dia ada banyak benda yang orang lain tak boleh buat, aku je boleh buat. Jadi kalau aku tak ada, siapa yang nak buat?” katanya penuh harapan.
Luahan jujur Izzue telah menyentuh hati ramai netizen yang turut sebak mendengar kata-katanya.
Mereka berpendapat Awin sangat beruntung memiliki suami yang begitu menyayanginya sepenuh hati. – BOOM!