Usahawan terkenal, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu, mendedahkan perangai sebenar penyanyi Yuka Kharisma yang dikaitkan dengan isu pembatalan konsert Aisha Retno.
Dalam satu siaran langsung di TikTok, Madammu menasihati orang ramai agar berhati-hati jika berurusan dengan Yuka.
“Saya tak kenal Aisha tu, tapi Yuka saya kenal. Berhati-hatilah siapa yang berurusan dengan dia,” ujarnya.
@yanaothmann Yuka Yang mana ekk Madam Mu marah nie?! #fypdonggggggg #fypviralシ #fypシ゚viral #malaysia #yuka ♬ original sound – yanaothman
Pemilik jenama Noir itu turut mendakwa Yuka sebagai individu yang suka memutar belit fakta dan bersikap manipulatif.
“Dia ibarat ular yang pandai berkata-kata. Sebab itu Tuhan tak bagi dia terkenal, sebab Tuhan tahu kalau dia terkenal akan jadi macam mana,” tambahnya lagi.
Madammu juga mengimbau pengalaman pahit ketika bekerjasama dengan Yuka dalam menghasilkan lagu “Noir.” Menurutnya, Yuka didakwa mengambil kesempatan kerana Madammu kurang memahami selok-belok industri nyanyian.
“Saya panas hati dari dulu. Ketika kami kerjasama, saya tak faham industri nyanyian ni, jadi dia ambil kesempatan. Tapi tak apa, orang macam ni tak akan ke mana.”
@husna_noir.n0009199 semoga mnjwb untuk sape yg bertanya… #madammu #BlessingEmpire #Noir #husna_noir #fyp #fypdongggg #beranda ♬ original sound – Husna_Noir – Husna Noir | Blessing Empire
Konflik antara mereka didakwa berlaku apabila Yuka mendaftar lagu Noir sebagai hak ciptanya tanpa persetujuan. Tindakan itu didakwa dibuat selepas Madammu memilih Dayang Nurfaizah untuk menyanyikan lagu berkenaan di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-36 (AJL36).
“Lagu Noir tu memang lagu saya, saya dah bayar dia buat lagu tu. Tapi bila nak bawa ke AJL, kami dapati dia dah buat copyright menunjukkan lagu tu hak milik dia. Dia juga buat performing right supaya hanya dia boleh nyanyikan lagu tu.”
Akibat tindakan tersebut, Madammu membuat keputusan menurunkan lagu asal dari semua platform dan menghasilkan versi baharu yang dinyanyikan oleh Dayang pada malam AJL36.
Konflik ini terus mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat, dengan ramai yang tertanya-tanya mengenai sikap sebenar Yuka Kharisma. – BOOM!
Sumber: TikTok