Pihak pengurusan pelawak dan penyampai radio, Shuib, Indigital Music memohon maaf kepada semua kerana tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hantaran yang dikeluarkan Jep beberapa hari lalu.
Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, pihak pengurusan tidak membenarkan Shuib yang juga artis naungan mereka memberikan sebarang komen dan berasakan sesetengah perkara perlu disimpan sendiri.
Tambah Nana lagi, keputusan tersebut dibuat demi menjaga banyak perkara dan enggan memanjangkan isu.
“Assalamualaikum…Selaku pengurusan kepada Shuib, Indigital Music tidak membenarkan artis kami untuk menjawab soalan media berkenaan posting Jep Sepahtu.
“Kami berasakan ada sesetengah perkara cukuplah sekadar keep to ourselves dan tidak perlu didedahkan kepada umum demi menjaga banyak perkara.
“Kami mengambil pendekatan untuk tidak mahu memanjangkan isu yang ditimbulkan oleh Jep Sepahtu,” katanya.
Terdahulu kontroversi tercetus selepas Jep mengeluarkan kenyataan menerusi hantaran Instagram (IG) mengenai ketiadaan Shuib dalam program Sepahtu Reunion Live (SRL).
BACA: “Kami Tak Pernah Buang Dia!” – Jep Dedah Sebab Utama Shuib Tiada Dalam Sepahtu Reunion
Hantaran tersebut dibuat sebagai maklum balas kepada kenyataan Shuib mengenai program tersebut kepada media sebelum itu. – BOOM!