Konsert Gergasi KRU25 – DVD

RM39.90

Konsert Gergasi KRU25 merupakan konsert penutup tirai kerjaya KRU sebagai penghibur yang telah diadakan secara gilang gemilang pada 4hb hingga 6hb Mei 2018 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Persembahan lagu-lagu popular KRU disampaikan secara “live” diiringi pemuzik handalan tanahair dengan persembahan video yang menceritakan sejarah dan cabaran KRU sejak memulakan kerjaya mereka pada tahun 1992.

Konsert Gergasi KRU25 juga dimeriahkan dengan penampilan istimewa Joe Flizzow dan Jaclyn Victor. Konsert ini telah mendapat sambutan hangat peminat dengan tiket habis dijual untuk 3 malam berturut-turut dan ulasan positif menerusi artikel yang diterbitkan oleh media cetak dan elektronik tempatan.

 

In stock

Category:

Additional information

Weight 0.500 kg