Peminat K-pop seluruh dunia mula tertanya-tanya dan hairan apa sudah terjadi dengan agensi popular yang menguruskan bintang terkenal di Korea.
Ini berikutan satu demi satu angin bertiup kencang menyampaikan khabar bahawa bintang K-pop terkenal bakal meninggalkan agensi itu.
Terbaharu, hari ini media di negara itu melaporkan, kumpulan K-pop terkenal dunia, Blackpink pula dijangka tinggalkan YG Entertainment.
Kumpulan yang pooular dengan lagu Pink Venom itu akan menyertai agensi The Black Label, selepas tamatnya tempoh kontrak bersama agensi terbabit.
Walau bagaimanapun, syarikat pengurusan itu pantas menafikan khabar angin berkenaan.
“Masih ada tempoh kontrak untuk Blackpink kini. Kami tidak tahu apa yang akan berlaku selepas itu,” kata wakil agensi itu dalam satu kenyataan.
Baru-baru ini, iKON antara artis naungan mereka yang telah meninggalkan agensi dimaksudkan selepas kontrak tamat. – BOOM!