H&S Delight (M) Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian dengan AEON Co. (M) Bhd, menjadikan AEON sebagai hypermarket pertama di Malaysia yang telah mengedarkan Delish Magic Cooking Cube (Kiub Masakan Ajaib Delish) di semua cawangan-cawangan terpilih AEON di seluruh negara Malaysia bermula Oktober 2023 lalu.
Ini adalah langkah strategik yang telah meluaskan pasaran produk ini ke tahap yang lebih tinggi, dan memperkenalkan jenama Delish kepada lebih ramai pengguna di seluruh negara.
Sementara kerjasama dengan MYDIN pula berikutan kemenangan H&S Delight dalam Peraduan MYDIN Pitch to Win 2023 pada September 2023 yang telah menyaksikan Delish Magic Cooking Cube memasuki cawangan-cawangan terpilih MYDIN di Zon Tengah dan Selatan bermula April 2024.
Delish Magic Cooking Cube telah ditempatkan di bahagian produk keluaran lokal, Barangan Buatan Malaysia di cawangan-cawangan terpilih AEON termasuk AEON IOI Putrajaya, Cheras Selatan, Ayer Keroh, Bandaraya Melaka dan Manjung.
Kehadiran produk ini di rak hypermarket utama seperti AEON pastinya akan meningkatkan kesedaran pengguna terhadap kelebihan dan kualiti produk ini, serta memperkenalkan jenama tempatan Delish.
Manakala untuk MYDIN, Delish Magic Cooking Cube diletakkan bersebelahan jenama-jenama terkenal lain di bahagian rempah ratus dan perencah (Seasoning & Condiments) di cawangan-cawangan terpilih termasuk MYDIN Subang Jaya, Semenyih, Seremban, Senawang, Ayer Keroh, Jasin, Alor Gajah, Johor Bahru, Masai, Kulai dan Ulu Tiram.
Pada mulanya dikenali sebagai ‘Delish’, nama produk ini diilhamkan daripada sebutan British ‘Delicious’, yang bermaksud kelazatan. Namun, untuk memperkenalkan identiti jenama yang lebih kuat dan memberikan impak yang lebih besar kepada pengguna, H&S Delight bakal melakukan penjenamaan semula yang lebih dinamik, menjadikan produk ini dikenali sebagai ‘Delisha’s.’
Dengan pelbagai pilihan rasa seperti Kari Malaysia, Soto & Bakso, Asam Pedas, Gulai Padang, Tom Yam Putih, Masak Paprik, Oden, Tikka Masala, dan Masam Manis, Delish Magic Cooking Cube memenuhi keperluan pengguna yang menginginkan kelazatan masakan citarasa Asia dengan cara penyediaan yang mudah.
Selain itu, produk ini tidak memerlukan penyimpanan dalam peti sejuk, menjadikannya lebih praktikal untuk disimpan dan digunakan pada bila-bila masa.
Usaha ini juga menunjukkan komitmen H&S Delight dalam memperluas jenamanya dan mengukuhkan kedudukannya di pasaran tempatan serta antarabangsa.
Dengan moto ‘Global Brand, Local Taste’ (Jenama Globa, Rasa Lokal), H&S Delight terus mengekalkan identiti rasa tempatan Asia sambil mengembangkan produk mereka ke pasaran global.
Produk ini sudah pun dieksport ke negara-negara seperti UK, Perancis, Singapura, Brunei, Indonesia, Hong Kong, Kemboja dan Kanada, yang menyasarkan pasaran makanan halal dan mesra Muslim. – BOOM!