Pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie, dan bekas isteri, Nina Ismail Sabri, membuktikan bahawa hubungan kekeluargaan boleh kekal erat walaupun sudah berpisah. Pasangan ini dilihat meraikan ulang tahun anak mereka yang ke-7 bersama, menunjukkan kematangan dalam menjaga kebahagiaan si kecil.
Dalam perkongsian Nina di Instagram, beliau menzahirkan rasa syukur atas komitmen mereka sebagai ibu bapa, meskipun hubungan mereka berubah.
“Daddy dan mommy mungkin ada perbezaan, tapi satu yang pasti, kami sentiasa berada di pihak kamu,” tulis Nina.
“Tahun lalu daddy tak ada semasa hari lahirnya, jadi kami beritahu dia yang daddy hanya akan balik untuk makan malam hari lahirnya kali ini. Dia tahu akan ada kejutan pada hari istimewanya hari ini,” tulisnya penuh kasih sayang.
Pesanan tulus itu diakhiri dengan ucapan ulang tahun istimewa, “Happy 7th Birthday to the Love of My Life. Rain or shine, you know you can count on us and abah. We love you so much sayang!”
Keikhlasan Nina dan Jovian dalam memupuk hubungan baik demi kebahagiaan anak mereka mendapat pujian ramai, membuktikan cinta ibu bapa melebihi segalanya, walaupun bukan lagi sebagai pasangan suami isteri. – BOOM!