Nama pasangan pempengaruh dan usahawan Jofliam dan Cik Epal kini hangat diperkatakan setelah Jofliam membuat pendedahan mengejutkan mengenai keadaan rumah tangga mereka yang didakwa sedang dilanda krisis.
Menerusi Insta Story, Jofliam memberikan petunjuk bahawa dirinya sudah tidak lagi bersama Cik Epal, tatkala dia berada di Milan, Itali untuk menyertai pertandingan Top 100 Pizza.
“Setiap gambar yang diambil di sini adalah ketika saya bukan lagi suami kepada Cik Epal. Kalau saya tahu, saya dedahkan status saya dua minggu lepas. Tapi atas permintaan, saya hold juga status saya. Saya masih tahu batas saya walaupun saya tidak terikat dengan sesiapa, dan saya takkan bergambar jika gambar itu melukakan isteri saya. Tapi saya bukan lagi suami sesiapa dan urusan saya di sini adalah demi Top 100 Pizza,” tulis Jofliam.
Lebih menghangatkan keadaan, Jofliam dilihat sudah tidak mengikuti akaun Instagram isterinya, Cik Epal.
Tindakan ini mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen, malah ada yang menyalahkan Jofliam sebagai punca krisis rumah tangga mereka.
Sementara itu, Cik Epal melalui satu hantaran di Instagram menjelaskan bahawa dia masih menghormati Jofliam sebagai seorang bapa yang bertanggungjawab terhadap dua anak mereka, Han dan Yuki.
Cik Epal juga memilih untuk tidak membuka isu rumah tangga mereka kepada umum demi menjaga keadaan.
“Aku masih hormat dia sebagai ayah yang sangat baik dan bertanggungjawab kepada Han & Yuki. Aku sebenarnya tak suka nak reveal hal rumah tangga dekat media sosial. Biar aku dengan dia saja tahu hal sebenar sebab masih belum ada keputusan. Aku tak nak keruhkan keadaan. Aku percaya setiap apa yang berlaku pasti akan ada jalan yang terbaik. Korang doakan aku dapat handle situasi ni dengan tenang dan matang,” tulis Cik Epal.
Dalam perkembangan terdahulu, Jofliam menyatakan bahawa segala masalah bermula daripada fitnah apabila dia membawa staf wanita bernama Dewi bersama pasukan pizzanya ke Jepun.
Namun, dia menegaskan sepanjang perkahwinan, dirinya tidak pernah berlaku curang walaupun sesaat terhadap Cik Epal. – BOOM!