“Jika berlaku kegagalan ataupun doa yang belum dimakbulkan, sebagai hamba jangan pernah bersangka buruk kepada Allah dan teruslah melafazkan rasa syukur.”
Ini adalah mesej utama yang disampaikan menerusi lagu kerohanian terbaharu daripada Fattah Amin bertajuk Pada-Mu.
“Lagu ini mengisahkan tentang rasa seorang hamba pada pencipta-Nya yang sentiasa percaya pada-Nya.
“Walaupun sehebat mana kejayaan yang kita kecapi atau sedalam mana kegagalan yg kita alami, kita masih tetap rasa cinta dan syukur di bawah peliharaan dan lindungan-Nya,” kongsinya.
Single PadaMu mendapat sentuhan emas Ikhwan Fatana dan Wan Salleh.
Fatah Amin mendedahkan lirik asal lagu ini terpaksa dirombak untuk disesuaikan dengan jalan cerita yang dia inginkan.
“Selepas mendengar kisah yang saya diceritakan, Ikhwan selaku penulis lirik telah mengubah semula senikata berdasarkan mesej yang ingin saya kongsikan itu,” kata penyanyi berusia 31 tahun itu.
Fatah Amin sebelum ini pernah merakamkan 3 buah lagi kerohanian. Menurutnya lagu sebegini mampu menjadi terapi dan inspirasi dalam hidupnya.
“Selepas melancarkan beberapa buah lagu berkonsepkan kerohanian dan ketuhanan, saya sekali lagi terdetik untuk berkongsi rasa dalam lagu yang masih mengekalkan genre yang serupa.
Lagu ini dilancarkan di semua pelantar digital pada April lalu iaitu berdekatan tarikh perayaan Aidilfitri.
Manakala MV PadaMu dilancarkan pada 9 Jun lalu dan kini sudah mendapat 9 ribu tontonan di You Tube – BOOM!