Isu selebriti menggunakan aplikasi pacaran (dating apps) untuk mencari pasangan bukan baru sekali dua timbul.
Terbaharu, pelakon Idris Khan pula terpalit apabila satu syot layar didakwa profil aplikasi Bumble miliknya tular di media sosial.
“Ini bukannya kali pertama, baru-baru ini juga dapat mesej (direct message) di Instagram, ada dua orang bertanyakan hal sama.
“Itu bukan saya, memang tak ada aplikasi Tinder atau Bumble. Sesiapa yang jumpa, report saja.
“Motif saya nak cari jodoh dekat situ?” soalnya ketika dihubungi.
Jelas pelakon drama Tuan Danial itu, sebelum ini dia pernah menegaskan dirinya tidak mempunyai sebarang akaun menerusi aplikasi berkenaan atau seumpamanya.
“Beberapa bulan lalu saya sudah maklumkan hal ini.
“Sekarang ia berulang kembali,” katanya lagi. – BOOM!