Cef selebriti terkenal, Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan berkongsi berita duka berita pemergian ibu tercinta, Noraini Abdullah atau lebih dikenali Cik Ani.
Menerusi hantaran yang dikongsi Cef Wan di laman sosial Instagram (IG), ibunya disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.20 pagi, Khamis.
Allahyarham berusia 93 tahun menghembuskan nafas terakhir selepas 10 hari dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur akibat kanser dan beberapa komplikasi penyakit.
Menerusi hantaran sama Chef Wan turut memaklumkan jenazah Allahyarham ibunya akan disolatkan di Masjid Putra, Putrajaya dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cyber 10, Cyberjaya.
Selain menderita kanser, Cik Ani juga berdepan beberapa penyakit lain seperti alzheimer dan dimentia
Chef Wan sebelum ini sering berkongsi mengenai perkembangan ibunya sepanjang mendapatkan rawatan di hospital. – BOOM!