Penyanyi dan pelakon Harris Alif menegaskan cintanya terhadap isteri, aktres Intan Ladyana, tidak akan goyah walau pun jika suatu hari nanti bentuk fizikal isterinya berubah.
Harris, 25, berkata dia akan tetap mencintai Intan tanpa mengira penampilan.
“Kalau nanti Intan tak pandai maintain, saya masih sayang atau tidak?” soal seorang pengikut sewaktu sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Harris dengan tenang menjawab, “Ini bukan soal maintain atau tidak. Sudah pasti saya akan tetap sayang dan cinta isteri saya.”
@berryfullofficialhq_ sweet je intan & harris ni ♥️ #breakoat #intanladyana #harrisalif ♬ original sound – Berryfull_OfficialHq
Jawapan matang Harris, meskipun masih muda mendapat pujian netizen.
Untuk makluman, Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada Februari 2021, ketika usianya baru 21 tahun.
Perkahwinan mereka menarik perhatian ramai kerana perbezaan usia 17 tahun antara mereka.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Evie Khadeeja yang berusia 3 tahun, dan Harris Umayr, kini berusia enam bulan.
Sumber: TikTok