Populariti dikecapi pasangan hero heroin siri Melur Untuk Firdaus iaitu Meerqeen dan Anna Jobling secara tidak langsung mencetus fenomena sensasi di Indonesia.
Mengunjungi ibu kota negara itu pada Ahad lalu, Anna atau Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, berkongsikan momen-momen mereka disambut meriah oleh peminat di sana.
Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta, Meerqeen dan Anna diserbu segerombolan peminat yang sudah awal-awal lagi menantikan kedatangan mereka.
“Hai Jakarta, kami udah nyampe di Jakarta. Anna senang disambut semeriah ini di bandara. Hari ini ultah (ulang tahun kelahiran) saya, dapat banyak hadiah daripada fans.
“Alhamdulillah dan terima kasih. It’s time to rest, moga ketemu lagi buat ngobrol-ngobrol,” tulis Anna di kapsyen Instagram miliknya.
Difahamkan, kedatangan mereka berdua di Jakarta ada demi memenuhi undangan sebagai tetamu dalam rancangan bual bicara terbitan Trans TV. – BOOM!