Boom! Malaysia
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • PowerPoll
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • PowerPoll
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
Boom! Malaysia
No Result
View All Result
 
 

Enam Selebriti Tanah Air Rebut Peluang Tunaikan Umrah Sempena Ramadan Al-Karim

16/04/2022
Amy AnuarbyAmy Anuar
in Celebrity, Extra
Enam Selebriti Tanah Air Rebut Peluang Tunaikan Umrah Sempena Ramadan Al-Karim

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, ramai umat Islam di seluruh dunia mengambil kesempatan menunaikan ibadah umrah di Mekah selepas dua tahun tidak dapat ke sana gara-gara pandemik.

Tidak terkecuali merebut peluang tersebut ialah selebriti-selebriti tempatan kerana selain dapat mengumpul pahala berlipat kali ganda, waktu ini jugalah mereka mempunyai masa untuk berehat daripada aktiviti seni.

BOOM! senaraikan beberapa selebriti popular tanah air yang bertuah apabila menjadi tetamu Allah untuk menjejakkan kaki di rumah-Nya.

 

Datuk Nora Ariffin

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Di Persimpangan Dilema ini merupakan antara selebriti tempatan terawal menunaikan ibadah umrah pada Ramadan kali ini.

Nora bertolak ke Mekah bersama suami dan anak perempuannya pada 31 Mac lalu iaitu beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Ramadan.

Saharul Ridzwan

Pelakon kacak ini turut tidak melepaskan peluang mengerjakan ibadah umrah pada Ramadan tahun ini dengan ditemani isteri tercinta di sisi.

Pasangan berkenaan telah berkongsi momen-momen di Tanah Suci termasuklah detik mereka berbuka puasa dan turut kelihatan kepala Saharul yang botak.

Naim Daniel

Dilihat jadual seninya kian padat, penyanyi dan pelakon popular ini menggunakan kesempatan di bulan Ramadan untuk menumpukan kepada ibadah umrah.

Menerusi perkongsiannya di media sosial, Naim juga sempat memanfaatkan keberadaannya di Kota Mekah untuk menziarahi makam baginda Rasulullah.

Daiyan Trisha

Giat mencipta nama dalam bidang pengacaraan, gadis cantik ini menunaikan ibadah umrah buat pertama kali bersama beberapa ahli keluarganya.

Meninjau akaun Instagram milik Daiyan, ternampak hos program Muzik-Muzik tersebut terserempak dengan Naim berhampiran Masjid Haram.

Zulin Aziz

Selebriti berbakat besar yang baru sahaja bergelar isteri sekali lagi dimurahkan rezeki berkunjung ke rumah Allah untuk menunaikan ibadah umrah.

Namun kunjungannya kali ini ditemani suami tersayang, insan yang pernah melamar untuk memperisterikannya di sana bersaksikan Kaabah.

Elly Arifin

Pelakon yang kerap ditonton membawa watak antagonis ini cukup berani menjejakkan kaki di Tanah Haram seorang diri tanpa ditemani ahli keluarga atau kenalan rapat.

Bagi Elly, mengembara di bumi asing sendirian memberikan satu kepuasan buat dirinya, apatah lagi berniat ingin beribadah dengan lebih khusyuk.

Apapun, semoga para selebriti Malaysia mendapat ibadah umrah yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan ketika mereka pergi dan pulang. – BOOM!

Previous Post

Kekasih Misteri MK | Eksklusiviti Nadhir | Passport Biru Sajat | Gadys Jelita Beraya

Next Post

Helah Rakan Baik Padam Foto Dan Kiriman Teks Untuk Lacurkan Tangmo Terbongkar

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Boom! Hari Ini

  • “Benar, Iman Tak Dapat Diwarisi” – Ridhuan Tee Pasrah Kontroversi Anaknya Kantoi Bercium

    “Benar, Iman Tak Dapat Diwarisi” – Ridhuan Tee Pasrah Kontroversi Anaknya Kantoi Bercium

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Hari Tu Kau Kritik Kawan Aku!” – Zarina Anjoulie Ejek Awal Ashaari Isu Didakwa Khianat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Macam Paderi!” – Bertudung Persis Biarawati, Netizen Titip Pesanan ‘Pedas’ Buat Aina Abdul

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tolong Jangan Fitnah” – Baru Seminggu Cerai, Azri Iskandar Dikata Dah Jumpa Pengganti?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ada Yang Masih Belum Selesai” – Raissuddin Dan Ibu Tiri Siti Sarah Buka Rahsia Shuib

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Klip Pelakon Dan Anak Pendakwah Terkenal Bercium Tular Di Media Sosial

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Dia Tetap Berdosa!” – Ustazah Asmak Husin Bidas Kenyataan Ifa Raziah Soal Pemakaian Tudung

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Takkan Saya Nak Berdiri Tegak Saja?” – Baby Shima Pertahan Aksi Tariannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sama-Sama Dagu Berlekuk, Peminat Doa Khai Bahar Dan Hawa Rizwana Dipertemukan Jodoh

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sebab-sebab Kenapa Hanis Zalikha Setuju Untuk Muncul Dalam Filem The Assistant

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • [VIDEO] Klip Pelakon Dan Anak Pendakwah Terkenal Bercium Tular Di Media Sosial

    [VIDEO] Klip Pelakon Dan Anak Pendakwah Terkenal Bercium Tular Di Media Sosial

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mawar Beri Amaran | Gurauan Hisap Puting | Rahsia Shuib Didedah | Gadis Dipimpin MK

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ada Yang Masih Belum Selesai” – Raissuddin Dan Ibu Tiri Siti Sarah Buka Rahsia Shuib

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Dah Lama Pun, Benda Halal” – Iesya Toh Dedah Status Wanita Bersama Najib Razak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kanabis Tak Salah…” – Yasin Sulaiman Bersyukur Kerajaan ‘Setuju’ Halalkan Ganja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Belum Pakai Tudung, Tapi Allah Dah Jemput Saya Tiga Kali” – Hujah Jahil Ifa Raziah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sebab-sebab Kenapa Hanis Zalikha Setuju Untuk Muncul Dalam Filem The Assistant

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Dia Tetap Berdosa!” – Ustazah Asmak Husin Bidas Kenyataan Ifa Raziah Soal Pemakaian Tudung

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Tak Membantu Langsung!” – Pendengar Kesal Respons Dua Deejay Radio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Penat…” – Tiga Tahun Tertangguh, Isteri Kedua Amar Asyraf Diceraikan Talak 3

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
 

Boom! Bulan Ini

  • “Ada Yang Masih Belum Selesai” – Raissuddin Dan Ibu Tiri Siti Sarah Buka Rahsia Shuib

    “Ada Yang Masih Belum Selesai” – Raissuddin Dan Ibu Tiri Siti Sarah Buka Rahsia Shuib

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mawar Beri Amaran | Gurauan Hisap Puting | Rahsia Shuib Didedah | Gadis Dipimpin MK

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Klip Pelakon Dan Anak Pendakwah Terkenal Bercium Tular Di Media Sosial

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Persis Ratu Bollywood, Gaya Raja Ilya Pakai Sari Sambil Tayang Perut Undang Cemuhan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Meremang Bulu Roma, KKN Di Desa Penari Pengalaman Seram Sebenar Siswa Siswi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Finale Nusyuz Berkiblat Cinta Tanpa Pelakon Utama, Aiman Hakim Ganti Fikry Ibrahim?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Suami Tersalah Pakai Baju Menyusu Isteri, Ustazah Tegur Gurauan Anak Hisap Puting

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kanabis Tak Salah…” – Yasin Sulaiman Bersyukur Kerajaan ‘Setuju’ Halalkan Ganja

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Baiknya Madu…” – Klip Zizie Izette Bersama Isteri Pertama Bung Mokhtar Tular

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Muka Pun Nampak Seiras” – Netizen Cuba Jodohkan Shuib Dengan Siti Nordiana

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
 
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2022 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • PowerPoll
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • PowerPoll
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us

All Rights Reserved © 2022 KRU Media Sdn Bhd