Boom! Malaysia
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
Boom! Malaysia
No Result
View All Result
 
 

“Eh, Dah Tak Pelat” – Han Byul Hasilkan Single Dwibahasa Melayu-Korea Terbaharu

29/05/2022
Cik MelurbyCik Melur
in Celebrity, Extra, Global
“Eh, Dah Tak Pelat” – Han Byul Hasilkan Single Dwibahasa Melayu-Korea Terbaharu

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Oppa nombor satu negara, Han Byul, kembali mengubati rindu peminat-peminatnya dengan single baharu, balada dwibahasa Melayu-Korea berjudul Bukan Milikmu hasil ciptaan penyanyi dan penggubah lagu popular, Hazama Azmi bersama komposer terkenal, Omar K.

Ujarnya, idea bekerjasama dengan Hazama tercetus ketika mereka sedang melakukan penggambaran sebuah telemovie pada bulan Mei tahun lepas.

Bukan Milikmu nyanyian Han Byul merupakan nukilan Hazama dan Omar K.

“Hazama menyatakan hasratnya untuk berkolaborasi dalam sebuah lagu dan setelah mendengar beberapa demo, hati saya terus terpaut dengan ciptaannya ini.

“Selain itu, lagu ini tidak mengambil masa lama untuk dirakamkan, hanya sejam sahaja, manakala proses adunan dan mastering pula memakan masa selama dua minggu.

“Menariknya, saya turut menyelitkan beberapa bait lirik dalam bahasa Korea yang disesuaikan dengan cara nyanyian ala Korea bagi menambah ‘feel’ terhadap karya ini,” jelas pemilik nama sebenar Jang Han-byul.

Penyanyi kelahiran Korea Selatan yang baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Lecturerku Oppa untuk siaran WeTV itu turut menjelaskan, Bukan Milikmu dirakamkan pada tahun lepas, namun pelancarannya tertunda dek pandemik.

 
Han Byul semakin fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

Bukan Milikmu merupakan sebuah lagu sedih yang menceritakan tentang keinginan seorang lelaki yang mendambakan cinta daripada kekasihnya yang merupakan segala-segalanya bagi dirinya tetapi perasaan itu diracuni oleh pelbagai emosi yang yang menyakitkan.

Lagu terbitan Warner Music Malaysia tersebut bernuansa teatrikal dan sarat dengan elemen muzik seperti OST drama Korea dan diyakini membuai perasaan.

Lagu Bukan Milikmu dipertaruhkan dalam dwibahasa iaitu Melayu dan Korea.

Han Byul yang mula dikenali ramai di Malaysia sejak menjadi juara Big Stage 2019 berkata, walaupun dia memulakan karier di negara asalnya lebih sedekad lalu menerusi kumpulan K-pop, Led Apple, dia menganggap Malaysia sebagai rumah keduanya.

“Walaupun saya mempunyai peminat di serata dunia, hati saya tetap di sini kerana sokongan peminat Malaysia (Twinklers) sangat mengharukan dan merekalah penyebab terbesar saya ingin mempelajari lebih banyak tentang bahasa dan budaya,” ujarnya yang semakin fasih cakap Melayu.

Menjengah ke ruangan komen Youtube, ramai yang kagum dengan cara nyanyian Han Byul yang disifatkan semakin hilang pelatnya selain suaranya yang lunak.

Antara respons daripada pendengar single terkini Han Byul yang terdapat di YouTube.

“Wow, suara oppa Han Byul makin sedap. Sebutan bahasa Melayu pun bertambah bagus!” komen mereka.

Bukan Milikmu boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. – BOOM!

Previous Post

Hamil Tiga Bulan, Rafidah Ibrahim Alami Pendarahan, Dijangkiti Virus Covid-19

Next Post

“Kami Pun Tak Sangka” – Selepas Hael, Dolla Bakal Berkolaborasi Dengan Naim Daniel

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Boom! Hari Ini

  • [VIDEO] PA Mak Wan Dah Tak Tahan, Bongkar Sikap Sebenar Dramatis Itu Di Media Sosial

    [VIDEO] PA Mak Wan Dah Tak Tahan, Bongkar Sikap Sebenar Dramatis Itu Di Media Sosial

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keluarga Pengasas Dnars Buat Laporan Polis Lagi, Curiga Resolusi Tukar Nama Syarikat Milik Arwah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Awang Banyak Ubah Hidup Saya” – Fattah Amin Tolak Banyak Tawaran Demi Mat Kilau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Beto Angkat Wahid Pahlawan Terbilang, Mat Kilau Adunan Kemas Sejarah Dan Fiksyen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Know Know Got Fiance” – Tahniah! Sharifah Amani Umum Dah Jadi Tunangan Orang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Nak Anak Sedih” – Bukan Sorok, Nikki Palikat Dah Lama Cerai Dengan Audi Mok

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Terima Kasih Sebab Belanja” – Macam Bogel, Pakaian Mimi Lana Ke Gym Dipersenda Netizen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Tuduhan Itu Tak Benar” – Amelia Henderson Nafi Langgar Kontrak Sebabkannya Disaman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Awas! Saman Berganda Atas Tuduhan Berunsur Fitnah Dan Ugutan” – Idris Khan Bagi Amaran

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Diasak Spekulasi, Zara Zya Akhirnya Dedah Hubungan Sebenar Dengan Shuib Sepahtu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Mereka Dah Melampau!” – A Aida Bakal Saman Amelia Henderson Dan Idris Khan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kami Tiga Beradik Dibuang!” – Anak Pengasas Dnars Dakwa Dikhianati Bapa Tiri?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Polis Ambil Keterangan, Serah Kes Kematian Pengasas Dnars Kepada Wisma Putra, Interpol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Syamsul Dan Ira Dah Tunang” – Terima DM Netizen, Puteri Sarah Tinggalkan Pesanan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] PA Mak Wan Dah Tak Tahan, Bongkar Sikap Sebenar Dramatis Itu Di Media Sosial

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Awang Banyak Ubah Hidup Saya” – Fattah Amin Tolak Banyak Tawaran Demi Mat Kilau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Body Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
 

Boom! Bulan Ini

  • [VIDEO] Diasak Spekulasi, Zara Zya Akhirnya Dedah Hubungan Sebenar Dengan Shuib Sepahtu

    [VIDEO] Diasak Spekulasi, Zara Zya Akhirnya Dedah Hubungan Sebenar Dengan Shuib Sepahtu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penyanyi Popular Era 70-an Sanggup Murtad, Tukar Agama Hindu Demi Mahu Warisi Harta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Saya Jadi Saksi Pernikahan Mereka” – FBI Kahwini Wanita Nama Nor Di Madinah?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dikatakan Sudah Lama Hidap Kanser Ovari Tahap 4, Adibah Noor Disahkan Meninggal Dunia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ustaz Kazim Bongkar Punca Dirinya Disihir 6 Individu, Teresak-esak Datang Minta Maaf

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Tak Buat Satu Titik Dosa Pun!” – Azri Rugi Duit Kahwin RM8,000 Dek Fitnah Gadis ‘F’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tunggulah Nasib Orang Tua Kau Bila Dapat Tahu Anak Hisap G*nja” – PA Fify Azmi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sebab Itu Kami Bercerai!” – Belum Habis Idah, Ellie Suriaty Tak Terkejut Azri Iskandar Nak Kahwin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Wanita Murtad | Konsert Bieber Batal | Adibah Noor Makin Kurus | Razzuan Buka Baju

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Habis Tu Takkan Nak Mandi Pakai Jubah?” – Shuhaimi Nafi Jual Tubuh Pelakon Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
 
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2022 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us

All Rights Reserved © 2022 KRU Media Sdn Bhd