Meniti populariti menerusi lagu Casablanca nyanyian duetnya bersama Nuha Bahrin, penyanyi remaja, Naufal Azrin berdepan tuduhan apabila ada pihak melabelnya murtad.
Ini kerana, bekas anggota kumpulan nasyid Zayne itu kini beralih arah dalam aliran muzik apabila memilih untuk menyanyikan lagu berentak pop.
“Mereka kata saya murtad kerana dulu nyanyi nasyid, sekarang pula keluar dengan lagu Casablanca.
“Jujurnya memang rasa tertekan juga apabila dikecam sebegitu teruk di media sosial. Tapi apakan daya, apa saya boleh buat?
“Sebagai penyanyi, rasanya saya perlu lebih fleksibel, asalkan bakat yang ada boleh ditonjolkan,” jawabnya menepis komen-komen negatif netizen.
Tambah remaja berusia 23 tahun itu, sesiapa sahaja berhak memberikan pendapat mereka dan dia menerima dengan hati terbuka secara positif.
Tidak memilih soal dalam menentukan genre lagu dibawakannya, Naufal menyerahkan hal itu kepada syarikat pengurusan untuk membuat keputusan.
“Kami tak menjangka lagu ini mendapat sambutan sebegini, namun inilah rezeki yang Allah aturkan sebaik-baiknya,” ujarnya. – BOOM!