Pelakon popular, Diana Danielle sekali lagi mengejutkan peminat apabila memuat naik status di Instagram yang seakan memberi bayangan akan memfailkan perceraian terhadap suaminya, pelakon Farid Kamil.
Dalam hantaran tersebut, Diana secara tegas menyatakan hasratnya untuk berpisah tanpa memberi penjelasan lanjut.
“I have decided to officially separate from my husband and will be filing for divorce. No, I will not explain why. Maybe he will as usual. With flowers and rings and empty promises. Have a nice life.”
Kenyataan tersebut seolah-olah menegaskan bahawa percubaan mereka untuk berbaik semula bukanlah jalan penyelesaian terbaik, terutama bagi sesetengah pasangan seperti mereka.
Dalam Instagram Story yang dikongsikannya, Diana turut menulis “jangan pujuk,” seolah-olah memberi amaran kepada Farid agar tidak lagi mencuba memujuknya dengan bunga atau hadiah seperti yang dilakukan sebelum ini.
Berita ini sekali lagi membuat para peminat terkejut dan tertanya-tanya mengenai hubungan mereka, yang selama ini dilihat melalui pelbagai pasang surut. – BOOM!