Pelakon, Azhar Sulaiman meluahkan rasa bimbang terhadap anaknya, Kasih Iris Leona kerana kerap menimbulkan kontroversi di media sosial.
Sejak semalam tular hantarannya di Facebook, Azhar menulis bahawa dia risau sekiranya Leona adalah individu yang ‘bodoh’ setiap hari.
“Ada orang, ada hari ‘bodoh’ dia. Sekarang, saya risau kalau anak saya, Leona ini, jenis yang ‘bodoh’ setiap hari,” tulisnya.
Selain itu yang turut menarik perhatian ialah, tulisan Azhar di ruangan komen.
“Dia nak jadi macam Aliff Syukri ke…. tak berhenti henti buat controversy?,” tulisnya.
Selain itu Azhar turut meluahkan dia hanya mengadu kepada pengikut-pengikutnya.
“Mami hanya mengadu kat korang je…Mami tak cakap apa apa kat IG or TikTok…,” katanya lagi.
INFO: “Hal Peribadi Kami Tak Campur” – Pengurus Jawab Isu Leona Cuma Berbikini Mandi Sungai
Leona yang juga YouTuber kerap kali terpalit dengan pelbagai kontroversi dan yang terbaharu, dikecam kerana berpakaian seksi.
“Apa saya pakai, tak beri kesan kepada sesiapa. Ini badan saya, ini pilihan saya, ini masalah saya dan tak ada kaitan dengan anda semua!
“Kalau anda tak suka apa yang anda lihat, jangan lihat! Sekat sahaja saya,” tulisnya di Twitter. – BOOM!