Kurang 12 hari sahaja lagi, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal diadakan bagi mencari kepimpinan baharu bagi mentadbir negeri tersebut.
Terbaharu, pelakon yang kini merangkap ahli politik, Datuk Dira Abu Zahar mengumumkan dirinya bakal bertanding di PRN Melaka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim yang terletak di dalam perlimen Jasin.
Menurut Dira, dia mahu mengikut jejak langkah bapanya yang juga merupakan bekas Ketua Menteri Melaka ke-8, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Ithnin.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera,
saya, Khaidhirah Abu Zahar dengan rasa besar hati menawarkan diri bertanding sebagai wakil Barisan Nasional bagi N.25 DUN Rim, Calon No. 3.
“Sesungguhnya, Rim amat dekat di hati saya kerana inilah kampung dan tempat saya membesar.
“Saya gagahkan diri memikul tanggungjawab ini demi mengikut jejak langkah arwah ayahanda demi menabur bakti dan menyumbang khidmat kepada rakyat,” ujarnya memetik laporan dikongsikan portal Media Hiburan.
Pengumuman tersebut diumumkan sendiri oleh pelakon filem Chow Kit itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. – BOOM!