Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha, mencuri tumpuan netizen selepas memuat naik video di Instagram yang memaparkan dirinya bersiap untuk menghadiri konsert ‘Dua Lipa Live In Kuala Lumpur’.
Dalam video reels tersebut, Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin dilihat menggayakan pakaian yang dianggap terlalu terdedah, dengan baju jarang dan skirt pendek.
Perkara itu mencetuskan reaksi pelbagai di kalangan netizen, yang rata-rata meluahkan rasa kecewa terhadap pilihan fesyen penyanyi berusia 30 tahun itu.
“Tak sangka Daiyan berpakaian macam ni, ingatkan lebih sopan. Kecewa.”
Ada juga yang mengingatkan Daiyan supaya lebih peka dengan sensitiviti budaya dan imej sebagai seorang selebriti.
“Sebagai public figure, Daiyan patut tunjuk contoh yang baik, bukan berpakaian terlalu seksi.”
Namun, terdapat peminat yang tampil mempertahankan Daiyan, menyatakan setiap individu berhak menentukan cara mereka berpakaian tanpa perlu dihukum secara berlebihan.
Isu ini terus menjadi bualan hangat di media sosial, membuktikan bagaimana gaya selebriti sentiasa menjadi perhatian dan bahan perdebatan. – BOOM!