Selebriti sensasi Indonesia, Nikita Mirzani mengundang kontroversi apabila mengaku secara terang-terangan melakukan hubungan intim dengan kekasihnya, Antonio Dedola.
Selebriti ini sangat terbuka menceritakan kisah peribadinya ketika diundang menjadi tetamu dalam program podcast Dua Gacor yang ditayangkan pada Khamis lalu.
BACA: “Ya, Memang Aku Jalang, Jadi?” – Nikita Tidak Kisah Dilabel Pelacur Asalkan Teman Lelaki Puas
Menceritakan dengan lebih lanjut, ibu kepada 3 orang anak itu mendedahkan, rutin hariannya bermula jam 5.30 pagi untuk solat subuh.
“Gue kan belum menikah sama Toni. Terus lo pikir gue enggak ngapa-ngapain? Kata orang Islam kan zina, ya udah gue bilang aja itu zina.
“Terus habis itu gue salat. Terus kenapa? Kan yang zina gue. Dosa, dosa di gue. Yang enak juga gue,” akuinya.
Pendedahan selebriti berkenaan ternyata mengundang kecaman netizen Indonesia terutamanya. Di TikTok, netizen mendoakan semoga Allah SWT mengampunkan dosa hambaNya yang leka dengan maksiat. – BOOM!