Boom! Malaysia
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
Boom! Malaysia
No Result
View All Result
 
 

“Cukup-Cukuplah Menipu!” – Hantar Mesej Buat Perdana Menteri, Rita Rudaini Kesal Tak Dilayan

27/12/2021
Amy AnuarbyAmy Anuar
in Celebrity, Entertainment, Exposé, Extra
“Cukup-Cukuplah Menipu!” – Hantar Mesej Buat Perdana Menteri, Rita Rudaini Kesal Tak Dilayan

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon popular, Rita Rudaini menyelar tindakan kerajaan yang membuat keputusan untuk menangguhkan bayaran bantuan khas buat penjawat awam yang tidak lengkap vaksin.

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram milik Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar, 45, dia telah berkongsi satu keratan akhbar dan mempersoalkan kedudukan nilai kemanusiaan kerajaan apabila sanggup berbuat sedemikian rupa.

“Buat pemimpin seagama, Ismail Sabri dan Khairy Jamaluddin, kenapa harus begini? Apakah tidak cukup jasa dan pengorbanan mereka mengikut perintah anda?

“Cukuplah penindasan yang telah anda lakukan kepada golongan yang menolak vaksin. Dibuang kerja, dihina, disisih, penjawat-penjawat awam diperlakukan sehina-hinanya.

“Tiada lagi tempat untuk golongan ini boleh masuk. Tiada lagi kehidupan bebas sebagai warganegara yang aman damai satu ketika dahulu. Hilang hak keistimewaan.

“Kenapa mereka yang bantu anda mencapai tahap 95 peratus ini diberi kata dua?,” tulisnya dalam nada teramat geram.

Tulis aktres kelahiran Perlis itu lagi, dari awal pengenalan program vaksinasi Covid-19, rakyat sudah diberitahu bahawa suntikan vaksin tidak diwajibkan dan ditawarkan secara sukarela.

 
Kapsyen di posting instgram beliau

“Cukup-cukuplah menipu, cukup-cukuplah beri gula-gula. Jangan jadikan mereka ini mangsa anda seterusnya. Mana letak nilai kemanusiaan?

“Mereka ada anak, isteri dan keluarga yang perlu ditanggung serta bil yang perlu dibayar. Anda tidak pernah susah seperti mereka.

“Cuba sejenak di tempat mereka. Kami semua dah kritikal sejak dua tahun lepas. Rezeki Allah jangan disekat, itu bukan kerja anda.
“Tiada undang-undang yang kata salah kalau menolak uji kaji ini. Apa salahnya beri mereka kebebasan memilih.

“Badan mereka hak mereka. Badan mereka bukan hak negara. Berapa ramai yang terkesan? Berapa ramai yang tidak dapat meneruskan kerja kerana mengalami masalah kesihatan setelah divaksin?

“Berapa ramai pula yang meninggal dunia?,” luahnya panjang lebar menulis di bahagian kapsyen.

Posting di instagram beliau

Dedah Rita lagi, dia pernah menghantar berjela-jela panjangnya kepada Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob sewaktu hari perlantikan beliau bagi mengingatkan kerajaan agar tidak mendiskriminasikan rakyat yang menolak vaksin.

“Mengapa dulu boleh tegur saya apabila berjumpa? Kenapa sekarang tak nampak penderitaan rakyat? Ingatlah, anda pun hamba macam kami semua.

“Hamba kepada yang Esa. Cukuplah aniaya golongan menolak vaksin uji kaji ini. Jangan zalim sangat terhadap hamba-hamba Allah yang sudah berkorban untuk mencapai sasaran anda,” pertikainya.

Terdahulu, sejak program vaksinasi diperkenalkan di Malaysia, Rita dan beberapa lagi selebriti lantang bersuara tentang keengganan mereka menjadi ‘tikus makmal’ bagi pihak kerajaan.

Disebabkan itu, nama Rita digugurkan beberapa kali daripada tawaran berlakon yang hanya membenarkan pelakon lengkap vaksin memasuki set penggambaran drama atau filem. – BOOM!

Previous Post

Pelacur Dan Seks Calarkan Imej Bersih Leehom Sepanjang Dua Dekad Mencipta Nama

Next Post

“Menjerit-Jerit Minta Tolong” – Sambut Hari Lahir Ke-56, Salman Khan Dipatuk Ular

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Boom! Hari Ini

  • [VIDEO] “Mereka Dah Melampau!” – A Aida Bakal Saman Amelia Henderson Dan Idris Khan

    [VIDEO] “Mereka Dah Melampau!” – A Aida Bakal Saman Amelia Henderson Dan Idris Khan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Dikatakan Sudah Menjadi Tunangan Syamsul Yusof, Akhirnya Ira Kazar Buka Mulut

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Rasa Dia Dah Sangat Sedia Jadi Suami” – Erra Fazira Ucap Tahniah Kepada Shahir

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kenapa Siti Kasim Nak Bidas Perkara Baik?” – Neelofa Pertahankan Kenyataan PU Riz

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “No Komen” – Idris Khan Bakal Keluarkan Kenyataan Rasmi Berhubung Saman Difailkan A Aida

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Diasak Spekulasi, Zara Zya Akhirnya Dedah Hubungan Sebenar Dengan Shuib Sepahtu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Luah Rasa Lega, ‘Perang Dingin’ 8 Tahun Bersama Media Berakhir

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Beto Angkat Wahid Pahlawan Terbilang, Mat Kilau Adunan Kemas Sejarah dan Fiksyen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Awang Banyak Ubah Hidup Saya” – Fattah Amin Tolak Banyak Tawaran Demi Mat Kilau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • [VIDEO] Diasak Spekulasi, Zara Zya Akhirnya Dedah Hubungan Sebenar Dengan Shuib Sepahtu

    [VIDEO] Diasak Spekulasi, Zara Zya Akhirnya Dedah Hubungan Sebenar Dengan Shuib Sepahtu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dikatakan Sudah Lama Hidap Kanser Ovari Tahap 4, Adibah Noor Disahkan Meninggal Dunia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kami Tiga Beradik Dibuang!” – Anak Pengasas Dnars Dakwa Dikhianati Bapa Tiri?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Mereka Dah Melampau!” – A Aida Bakal Saman Amelia Henderson Dan Idris Khan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktor Popular Kena Tahan Reman Kerana Mengugut Bunuh Dan Belasah Orang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tolak Masuk TV, Rupa-Rupanya Hari Ini Tarikh Kak Dib Masuk ‘Rumah Baharu’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Tak Buat Satu Titik Dosa Pun!” – Azri Rugi Duit Kahwin RM8,000 Dek Fitnah Gadis ‘F’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Wanita Murtad | Konsert Bieber Batal | Adibah Noor Makin Kurus | Razzuan Buka Baju

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
 

Boom! Bulan Ini

  • [VIDEO] Diasak Spekulasi, Zara Zya Akhirnya Dedah Hubungan Sebenar Dengan Shuib Sepahtu

    [VIDEO] Diasak Spekulasi, Zara Zya Akhirnya Dedah Hubungan Sebenar Dengan Shuib Sepahtu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penyanyi Popular Era 70-an Sanggup Murtad, Tukar Agama Hindu Demi Mahu Warisi Harta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Saya Jadi Saksi Pernikahan Mereka” – FBI Kahwini Wanita Nama Nor Di Madinah?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dikatakan Sudah Lama Hidap Kanser Ovari Tahap 4, Adibah Noor Disahkan Meninggal Dunia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ustaz Kazim Bongkar Punca Dirinya Disihir 6 Individu, Teresak-esak Datang Minta Maaf

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Tak Buat Satu Titik Dosa Pun!” – Azri Rugi Duit Kahwin RM8,000 Dek Fitnah Gadis ‘F’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tunggulah Nasib Orang Tua Kau Bila Dapat Tahu Anak Hisap G*nja” – PA Fify Azmi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sebab Itu Kami Bercerai!” – Belum Habis Idah, Ellie Suriaty Tak Terkejut Azri Iskandar Nak Kahwin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Wanita Murtad | Konsert Bieber Batal | Adibah Noor Makin Kurus | Razzuan Buka Baju

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Habis Tu Takkan Nak Mandi Pakai Jubah?” – Shuhaimi Nafi Jual Tubuh Pelakon Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
 
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2022 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us

All Rights Reserved © 2022 KRU Media Sdn Bhd