Bukan kali pertama penyanyi Baby Shima menjadi mangsa gangguan seksual dengan menerima kiriman mesej berbaur lucah di media sosial.
Terbaharu, Shima mendedahkan syot layar kiriman mesej daripada seorang pengikut lelaki yang mengajaknya melakukan perbuatan tidak senonoh.
Menerusi hantaran itu, penyanyi berumur 28 tahun itu berkongsi nama akaun serta wajah lelaki miang itu.
Berdasarkan mesej yang dihantar, lelaki itu bertanyakan tentang bayaran cengkeram yang perlu dibayar kepada Shima.
“Hai Baby Shima… Berapa paling kurang deposit kalau mahu ‘main’ dua jam?” tulisnya.
Bagaimanapun, Shima menjawab pertanyaan tersebut dengan menegaskan dia tidak menjalankan sebarang bisnes jual beli, bahkan membuka tawaran kepada mana-mana individu yang hendak ‘main’ dengan lelaki terbabit. – BOOM!