Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur apabila hasratnya untuk membuka sekolah di Gaza, Palestin tercapai.
Siti berkata, perkara yang sudah lama diimpikannya itu akhirnya berjaya direalisasikan menerusi Yayasan Nurjiwa yang diasaskannya bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Katanya, sekolah Al-Afwa & Al-Aafiyah yang dinamakan sempena nama kedua-dua anaknya itu menyediakan pendidikan asal dan kelas hafazan buat kanak-kanak seawal usia empat tahun.
“Alhamdulillah saya gembira kerana ini sudah menjadi sesuatu yang saya ingin lakukan sejak dahulu lagi.
“Seperti yang kita maklum apa yang berlaku terhadap anak-anak ini di bumi Gaza.
“Jadi kita nak anak-anak Gaza ini berjaya dengan pendidikan serta adab yang baik.
“Sekolah ini ditubuhkan Yayasan Nurjiwa dan ia dikendalikan oleh wakil khas kami di Gaza.
“Ini (kerja-kerja amal) juga sebagai bekalan akhirat saya dan suami,” katanya. – BOOM!