Boom! Malaysia
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Awak Keluar Dulu” – Ungkapan Terakhir Mangsa Nahas Yang Rentung Kepada Suami

17/10/2022
Enal AkimbyEnal Akim
in Extra
“Awak Keluar Dulu” – Ungkapan Terakhir Mangsa Nahas Yang Rentung Kepada Suami

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Mangsa nahas yang ditemukan rentung dalam kemalangan di Sedenak, Johor sempat menyuruh suaminya keluar dahulu setelah ditarik oleh orang ramai melalui tingkap bahagian penumpang belakang.

“Awak keluar dulu,” itulah ungkapan terakhir Nurul Nazihah Kamalul Arifin kepada Redzuan Jamil sejurus kemalangan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan.

BACA: [VIDEO] “Sayang, Saya Tak Tinggal Awak” – Nana Saksi Insiden Isteri Rentung Depan Mata Suami

Redzuan suami kepada mangsa terbakar

 

“Namun cubaan saya menyelamatkan isteri dengan memecahkan cermin hadapan kereta dan pintu penumpang hadapan tidak berjaya kerana isteri tersepit di tempat duduk hadapan.

“Ketika itu tangki minyak kereta tiba-tiba meletup menyebabkan orang ramai menarik saya kerana api terlalu marak.

“Walaupun api marak, namun saya tidak merasa bahang panas api malah isteri juga tidak memanggil nama saya apatah lagi meraung selepas dia meminta saya keluar menyelamatkan diri dahulu,” katanya.

Semalam, tular video menyayat hati seorang suami yang menjerit dan merintih memaklumkan isterinya berada di dalam kenderaan yang sedang marak terbakar.

Rakaman video daripada warga net

Video berdurasi satu minit 37 saat itu memperlihatkan lelaki itu memanggil isterinya dan menyatakan tidak akan meninggalkan isterinya.

Dalam kemalangan ngeri kira-kira jam 7.45 malam tadi itu, dua individu maut dalam kenderaan yang marak terbakar selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan babitkan lima kenderaan di lebuh raya berkenaan.

Identiti seorang lagi mangsa yang maut dari kenderaan jenis lori Isuzu masih belum dapat dikenal pasti.

Menceritakan detik-detik kemalangan berlaku, Redzuan yang mengalami kesan melecur di muka berkata, semuanya bermula selepas berlaku kesesakan di lebuh raya berikutan kemalangan yang berlaku berhampiran kawasan itu.

“Ketika itu semua kenderaan berhenti kerana berlaku kesesakan. Namun tiba-tiba berlaku impak rempuhan dari belakang yang menyebabkan kereta saya serta dua lagi dilanggar dengan kuat.

“Selepas beberapa ketika barulah saya menyedari sebuah lori lima tan merempuh kereta dinaiki kami sebelum orang ramai menarik saya keluar dari kereta,” katanya.

Redzuan yang juga ejen insurans berkata, ketika kejadian malang itu, dia dan isterinya baru selesai bertemu pelanggan di Kluang.

Rakaman video sewaktu kejadian

Katanya, beliau dan isteri dalam perjalanan ke Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri bagi menyaksikan JDT menentang Sabah FC.

“Namun saya tidak menyangka insiden memilukan ini pula menimpa kami,” katanya.

Redzuan berkata, dia sering membawa isterinya ke mana sahaja termasuk ketika urusan bertemu pelanggan.

“Kami memang akan berdua ke mana sahaja sejak berkahwin tiga tahun lalu termasuk atas urusan kerja.

“Saya tidak menyangka isteri akhirnya pergi dengan cara begini,” katanya tidak dapat menahan sebak. – BOOM!

Previous Post

Enam Kali Lakukan Gangguan Seksual, Rex Orange County Cari Jalan Bersihkan Nama

Next Post

Babak Panas Shima | Aiman Tino Masuk Wad | Nana Saksi Kejadian | Naim Nak Kahwin

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • Enggan Dituduh Penipu, Bella Dedah Perbualan Miang Sophia Terhadap Aliff – “Ini Baru Sedikit…”

    Enggan Dituduh Penipu, Bella Dedah Perbualan Miang Sophia Terhadap Aliff – “Ini Baru Sedikit…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Latar Belakang Suami Fatin Afeefa Dibongkar, Opai Bukan Pedagang Saham Tetapi Penipu?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Aliff Aziz Akui Sophia Ganggu Rumah Tangga – “Saya Takkan Berlakon Bersamanya Lagi”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Difitnah Pun Satu Rezeki…” – Status Berbaur Sindiran, Fizo Omar Bidas Komen Pedas Mawar?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diabaikan Suami, Anak-anak Tidak Diberi Nafkah, Madu Miera Leyana Bawa Kes Ke Mahkamah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Dia Manja Dan Lemah Lembut, Mudah Terpikat” – Aeril Zafrel Akui Sophia Albarakbah Wanita Baik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril Zafrel Bagi Masa 24 Jam Kepada Pemfitnah Minta Maaf – “Aku Jamin Kau Orang Akan Disaman!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [ V] Anak Adam Shahz Terlepas Cakap, Rahsia Fatin Afeefa Terbongkar – “Mommy Tidur Dengan…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Dia Bermadu, Dah Kahwin Tiga Bulan Lalu” – Benarkah Mawar Karim Jadi Isteri Kedua?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Takut Berhadapan Dengan Orang Ramai – “Risau Saya Akan Perlahan-lahan Hilang”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • [V] Latar Belakang Suami Fatin Afeefa Dibongkar, Opai Bukan Pedagang Saham Tetapi Penipu?

    [V] Latar Belakang Suami Fatin Afeefa Dibongkar, Opai Bukan Pedagang Saham Tetapi Penipu?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enggan Dituduh Penipu, Bella Dedah Perbualan Miang Sophia Terhadap Aliff – “Ini Baru Sedikit…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Aliff Aziz Akui Sophia Ganggu Rumah Tangga – “Saya Takkan Berlakon Bersamanya Lagi”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Difitnah Pun Satu Rezeki…” – Status Berbaur Sindiran, Fizo Omar Bidas Komen Pedas Mawar?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Mengaku Aktres Kacau Suami – “Dia Mesej, Mengaku Bodoh Sebab Tersuka Suami Saya…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tidak Muncul Di Sidang Media, Bella Astillah Persoal Sophia Albarakbah – “Kenapa Lari Tadi?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Gosip Skandal Aliff Dan Sophia Ganggu ‘Mood’ Mereka, Saya Terpaksa Beri Motivasi…” – Osman Ali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Perli Adam Shahz Di Mahkamah, Suami Fatin Afeefa Dianggap Seperti Kebudak-budakan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Dia Bermadu, Dah Kahwin Tiga Bulan Lalu” – Benarkah Mawar Karim Jadi Isteri Kedua?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dikatakan Cuba ‘Menyondol’ Aliff Aziz, Laman Sosial Sophia Albarakbah Teruk Diserang Netizen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • [V] Latar Belakang Suami Fatin Afeefa Dibongkar, Opai Bukan Pedagang Saham Tetapi Penipu?

    [V] Latar Belakang Suami Fatin Afeefa Dibongkar, Opai Bukan Pedagang Saham Tetapi Penipu?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bahana Najis Dadah, Anak Perempuan Pelakon Nor Albaniah Dijatuhi Hukuman Penjara 8 Bulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Selebriti Berpoligami Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Janna Nick Didakwa Punca Fyna Dan Madu Berkelahi – “Lain Kali Tak Payah Sibuk Tanya Hal Orang!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enggan Dituduh Penipu, Bella Dedah Perbualan Miang Sophia Terhadap Aliff – “Ini Baru Sedikit…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Menangis Sissy Iman Kena Marah, Mas Idayu Buat Ramai Panas Hati – “Macam Bagus Sangat!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ira Tak Terfikir Pun Nak Ganggu Suami Orang” – Dah Lama Tahu, Ayu Puteh Pernah Beri Amaran

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Aliff Aziz Akui Sophia Ganggu Rumah Tangga – “Saya Takkan Berlakon Bersamanya Lagi”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fyna Jebat Bukan Kahwini Duda, Zainal Abidin Hassan Masih Suami Orang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Dah Berzina, Kenalah Mandi Wajib” – Akui Kerap Bersekedudukan, Nikita Mirzani Tetap Jaga Solat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2022 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia

All Rights Reserved © 2022 KRU Media Sdn Bhd