Pelakon jelita, Amelia Henderson, tampil menjelaskan mengenai hubungannya dengan Amelia Henderson Jawab Spekulasi Hubungan Dengan Aazief Khalid, anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menurut Amelia, hubungan mereka hanyalah sebagai kawan dan dia terkejut apabila nama Aazief dikaitkan dengannya.
Amelia dan Aazief pertama kali bertemu di konsert Siti Nurhaliza di Genting Highlands, di mana mereka kebetulan duduk bersebelahan.
Amelia menafikan spekulasi bahawa mereka sedang bercinta, dan menyatakan bahawa video mereka dimuat naik oleh kakak ipar Aazief, Tya Ariffin, telah menyebabkan salah faham.
“Saya kesal kerana Aazief, seorang lelaki baik, terlibat dalam gosip ini. Duduk bersebelahan tidak bermakna kami ada hubungan istimewa,” jelasnya.
Amelia menegaskan bahawa walaupun mereka duduk bersebelahan, ia tidak semestinya bermakna mereka sedang bercinta atau menjalin hubungan istimewa.
Amelia juga berharap orang ramai tidak membuat andaian hanya berdasarkan situasi tersebut dan mengingatkan bahawa mereka hanyalah teman biasa. – BOOM!