Aktres Indonesia, Anya Geraldine malu untuk mengakui hubungan cintanya dengan jejaka bernama Nadif Zahirudin.
Apabila ditanya tentang hal tersebut, Anya yang popular menerusi drama Layangan Putus membiarkan peminat membuat andaian sendiri melalui perkongsiannya di laman Instagram.
“Lihat sahaja di Instagram saya. Saya tidak tahu,” jawab Anya atau nama penuhnya Nur Amalina Hayati, 27, ringkas berkaitan hubungan istimewa dengan lelaki tersebut.
Sementara itu, Anya turut memberitahu bahawa dia menyukai seseorang yang rajin bekerja dan tinggi sebagai ciri-ciri lelaki idamannya.
“Saya suka lelaki yang tidak terlalu rendah dan rajin bekerja.
Paling penting, kalau bercinta saya akan selalu di sisinya. Jika dia penat, perlu diberi perhatian. Andai dia perlukan teman berbual, saya setia mendengarnya,” tambah si jelita itu.