Setelah didapati menjalin hubungan dengan suami orang, pelakon Prakruti Mishra diserang oleh isteri lelaki berkenaan di tepi jalan di India ketika dia dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang.
Dalam kejadian tersebut, kereta dinaiki Prakruti bersama Babushaan Mohanty yang juga seorang pelakon ditahan oleh Trupti Mohanty sebelum betindak mengganyangnya di depan khalayak ramai.
Ketika itu, aktres terbabit cuba mendapatkan bantuan orang ramai, namun mereka yang ada di situ hanya menonton dan merakam aksi pergaduhan itu dan video insiden tersebut tular di media sosial.
Prakruti merupakan seorang bintang terkenal India dan pernah memenangi pelbagai anugerah di peringkat nasional.
Aktres itu dan Babusahaan mula rapat mereka sama-sama membintangi sebuah filem beberapa tahun lalu dan sekali lagi digandingkan dalam naskhah terbaharu berjudul Preman.
Dalam satu kenyataan, Prakruti mendakwa, hubungan Babushaan dan isterinya telah lama bermasalah dan menjelaskan tuduhan dia sebagai perampas adalah tidak benar.
“Banyak tuduhan dilemparkan kepada saya. Kenapa saya dituduh rosakkan rumah tangga mereka sedangkan sudah lama bermasalah.
“Rantai suami anda dan simpan di rumah jika tidak mahu dia keluar bekerja,” katanya. – BOOM!
Sumber: India Glitz