Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadual mengadakan mesyuarat khas dengan Raja-Raja Melayu pada Khamis berhubung isu pelantikan Perdana Menteri Ke-10 yang masih belum dimuktamadkan.
Memetik kenyataan dikeluarkan mereka hari ini, mesyuarat itu difahamkan berlangsung di Istana Negara,
“Perbincangan khas ini bertujuan untuk membantu Seri Paduka Baginda mendapatkan pandangan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu bagi Baginda membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan negara dan rakyat.
“Seri Paduka Baginda menyeru seluruh rakyat dan semua pihak agar terus istiqamah dan bertenang sehingga proses untuk membentuk kerajaan baharu selesai.
“Sesungguhnya, masa depan negara tumpahnya darah kita adalah terlalu berharga dan wajar kita rencanakan dengan penuh cermat serta teliti,” demikian kenyataan tersebut.
Al-Sultan Abdullah turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan kesejahteraan negara yang tercinta ini. – JURNAL
Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku